Pengalaman Sambung Master Oleh Ibu Anak Empat Berkerjaya Yang Paling Ohsem

By | 06:21 Leave a Comment
Hari ni saya rasa nak share dengan korang pengalaman saya  sambung master atau ijazah sarjana di universiti.
Entri ni pon berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa menyambung pengajian master dalam bidang kurikulum dan pedagogi di UKM. Saya baru sahaja menamatkan pengajian master dan Inshaallah ada rezeki saya akan konvokesyen pada November nanti.

Alhamdulillah saya berpeluang menyambung pengajian master di UKM secara part time bermula pada tahun 2012. Sewaktu saya dapat tahu keputusan permohonan pengajian master tu berjaya saya juga disahkan hamil anak ketiga. Alhamdulillah double rezeki Allah bagi setelah menunggu 6 tahun kehadiran anak yang ke 3.

Semester 1 dimulakan pengajian dengan penuh semangat, kelas saya bermula pada waktu petang hingga ke malam. Pagi sampai tengahari saya kerja macam biasa. Oh ya saya merupakan guru sains dan biologi di sebuah sekolah di negeri sembilan. Rutin perjalanan master saya ni terus berlangsung sehinggalah sem 6 pada januari tahun 2016, iaitu semester terakhir saya. Saya pernah menangguhkan pengajian pada semester 2 iaitu pada tahun 2013 semasa melahirkan anak ke 3. Saya juga telah disahkan hamil pada semester ke 5 anak yang ke 4 dan melahirkan baby master yang ke 4 ni pada 16 februari 2016 selepas tamat semester terakhir. Hihihihi nampaknya ada dua baby master yang akan menemani ibunya semasa konvokesyen nanti.

Oklah, saya nak share sedikit tips tak seberapa sewaktu sambung pengajian master ni. Yelah bukan senang belajar part time ni. Pagi sampai tengahari kene kerja, petang sampai ke malam ada kelas lagi. Dahlah ada anak-anak kecil yang perlu diuruskan lagi. Saya kene betul-betul pandai bahagikan masa. Nak urus rumahtangga, kerja dan belajar dalam satu-satu masa. Memang tipulah kalau tak stress dan pening kepala.

Tipsnya ialah korang kene yakin dan push motivasi dalaman yang korang mampu belajar sehingga habis walau apa pon yang berlaku. Dulu saya juga hampir down sampai tak nak sambung belajar lagi dah. Saya pernah dimarahi oleh SV saya di depan students lain macam budak kecik tapi saya tebalkan muka dan meminta maaf pada SV. Jangan ego sangat nak minta maaf pada SV walaupun korang betul.. hahahaha

Seterusnya mesti dapat sokongan suami dan ibu bapa. Mereka punya sokongan sangat penting buat kita survival dalam menyambung pengajian ni. Kalau suami dan keluarga tak sokong memanglah payah sebab kat situ mereka dah tak redha kita sambung belajar. Kalau boleh ceritalah elok-elok pada keluarga sebab apa kita nak sambung belajar. Mesti mereka faham. Saya rasa jarang sangat keluarga tak bagi sokongan. Mereka tentu berbangga dengan taraf pencapaian akademik keluarga.

Paling penting untuk sambung pengajian ni ialah sentiasalah berdoa pada Allah memohon diberikan kemudahan dan dilancarkan segala urusan pembelajaran. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih pada hambaNya yang sentiasa meminta-minta padaNya.

Jangan cepat putus asa tau if korang hantar berpuluh-puluh email SV tak balas. Hantar je macam biasa, bertegur sapa je dengan SV kita tu.

Dan lagi satu tips korang kene wujudkan hubungan baik dengan pihak majikan korang if sambung study secara part time. Yelah korang nak minta cuti ke atau nak keluar awal ke kelas ke, mesti jumpa bos kan nak minta izin. If takde hubungan baik memang ke laut lah. Susah bos nak memenuhi permintaan kita. So kene wujudkan atmosfera yang baik di tempat kerja.

Ok lah itu sahaja tips yang saya boleh share, yang lain2 tu kalau ada tips lagi saya akan sambung entri lain. Semoga berjaya sambung belajar Master. Inshaallah saya akan sambung Phd pada tahun 2017. Doakan saya ye.

 salah satu kelas di UKM dengan Dr Isa. Laptop merah syirah punya tau. Teman travel saya.



Masa last day setiap kelas, budak2 master suka buat jamuan makan.. hihihihi, budak lelaki baju biru tu huii memang ohsemlah.. bentang seminar sampai ke jepun. Ko ade??

0 comments:

Post a Comment