Trip Korea Mak Buyong 2015

By | 08:31 Leave a Comment
Assalamualaikum..

Huii dah lama tak berblog.. dah bersawang blog aku ni.. kali ni aku tak tahu nak cerita pasal apa, saja nak bagi blog aku aktif balik..aku pon baru habis pantang anak bongsu ni.. hihihihi.. so mengisi masa lapang katakan.

so fikir punya fikir aku nak cerita tentang trip ke korea kali ke 2 aku bersama seorg sahabat aku semasa menuntut di UKM.  Oh untuk pengetahuan korang, trip ke 2 aku ke korea hanya berdua plus seorang dalam perot.. hahaha time ni aku pregnant, 26 weeks masa aku travel tu. 

Sebenarnya masa aku beli tiket bulan mei tahun lepas aku tak pregnant lagi.. so lepas beli tiket tu lah aku pregnant.. tapi aku tawakal jelah travel time pregnant ni, dan aku berdoa semoga baby dalam perot aku ni baik-baik sahaja dan enjoy holiday ibu dia.. maybe baby ni akan jadi travelholic macam ibu dia.. kuang..kuang..kuang

So target trip korea kali ni aku nak cover Busan, Jeju Island dan Seoul.. aku pergi akhir musim luruh dan maybe awal musim salji. harap-haraplah... jeng..jeng..jeng.. korang rasa kitaorang jumpa salji tak???

Tips nak ke korea ni.. korang bolehlah bersedia dengan iti sendiri, rancang dari segi penginapan, pengangkutan dan makanan ketika berada di sana. Macam aku, aku lebih suka travel sendiri tanpa guna agen sebab lebih advanture gitu.. hahahaha..

Tiket flight pastikan beli lebih awal sebelum nak pergi travel, jangan last minute.. masa tu mungkin dah mahal. macam aku nak travel ke mana-mana kene tunggu cuti sekolah barulah boleh bertravel sakan. I'm teacher okehhh..

So nanti aku rajin aku update iti dan kos masa kat sana dan tempat-tempat menarik di korea.. doakan aku rajin update blog aku ye.. 

if nak tanya apa2 tentang travel ke korea boleh email kat aku.. 

aidatul_shima@yahoo.com

 Amboi bergambar sakan dgn mamat korea, harap2 baby dalam perot ibu tak muka macam korea ek!! errr ibu nampak bambam lah baby..

Sakan beno kawan aku ni selfie.. seronok tgk daun-daun warna kuning.. autumn in my heart


Alhamdulillah dapat lah rasa musim autumn ni dekat Busan.. bestnyer..






0 comments:

Post a Comment