Musim Luruh Di Busan

By | 09:39 Leave a Comment
Tadaaa.. tengok mood rajin update blog dah datang.. kali ni saya nak share tempat-tempat menarik yang ada di Busan Korea.. Tapi sebelum tu pastikan anda dah download laluan train di Busan. Line train di Busan hanya ada 4 line sahaja. Memang guna train ni sangat mudah dan sangat efektif di korea. Untuk ke Busan kali ni saya hanya pergi ke tempat2 yang tertentu sahaja, terutama tempat yang saya belum pergi semasa trip 2014. Kami berada di Busan untuk 2 malam saja. Lepas tu nak ke jeju island pulak.

So first day di Busan, pagi-pagi lagi kami dah keluar. Kami nak ke Jagalchi Fish Market. Kat sini banyak makanan laut seperti ikan, king crab, sotong besar2 yang anda boleh beli atau pon cuci mata saja. Mula-mula tu teringin nak makan king crab.. tapi bila tengok harga yang paling murah pon 60 000 won terus tak jadi makan.. untuk menenangkan jiwa, kami cakap lain kali lah..

Lepas berjalan-jalan ke Jagalchi Market, kami meneruskan langkah kaki yang gagah ini ke Masjid Al Fattah yang terletak di Dusil. Perjalanan menggunakan train. Konon-konon kami nak makan di Restoran Capadocia yang terletak bersebelahan masjid. Namun kami hampa, masa kami sampai tu, restoran belum buka lagi, awal benor agaknya nak makan.. hahahaha..

So kami ambik keputusan untuk menziarahi masjid al fatah, sambil2 melihat nur Islam berkembang di Busan ni.. Masjid ni kali ke 2 lah saya ziarah. Alhamdulillah penjaga masjid bagi kami rehat di sebuah bilik. Dalam bilik tu ada bilik air dan siap ada mesin basuh lagi. Nak solat pon masih awal lagi nak sampai waktu zohor.. lebih kurang 20 minit kami berada di sekitar masjid tu kami mengambil keputusan untuk balik ke guest house.. perut dah lapar minta di isi.. baby dalam perot ni asyik dok bersilat aje.. hahahaha

Ok.. dah lepas balik guesthouse dan perut sudah di isi, kami merancang nak ke Busan Seoul Tower, Kalau dari guest house ni katanya dekat sangat, so boleh jalan kaki saja.. hahaha
So kami ikutlah arah seperti yang dah kami tulis dalam iti tu.. tapi tak jumpa pulak jalan.. last2 tanya adik yg kat kedai 24 hours u.. tu pon diorang mana pandai speaking.. ngeh..ngeh..ngeh..
Akhirnya puas kami godek sana godek sini, jumpalah busan tower tu.. mak aiii nak ke sana kene daki 100 anak tangga. mampukah mak buyong 26 weeks ini lakukan????

Dengan keazaman yang tinggi, maka mak buyong melangkah naik setiap anak tangga dengan penuh semangat.. Inshaallah Allah permudahkan, bisik hati mak buyong ni.. akhirnya sampai jua ke busan tower.. Tapi kami tak naik sebab hari dah malam.. just amik gambar di sekitar busan tower tu je..
Masa nak turun tu barulah perasan rupanya nak naik ke sini ada eksklerator.. cehhh penat mak buyong mendaki tadi.. padahal kami dah lalu kawasan eksklerator tapi entah macam mana mata ini tak nampak.. so bersangka baik aje.. Allah nak bagi mak buyong banyak berjalan..

Hari dah malam masa kami turun, sejuk dan gigil.. so apalagi balik guesthouse untuk rehatkan diri meneruskan kembara esok..

Mak buyong belanja gambar kat sana eh..












0 comments:

Post a Comment