Apa Beza Perkataan BINA dan BINASA

By | 07:34 Leave a Comment
Assalamualaikum semua.. salam ramadhan kareem..

Alhamdulillah bersyukur kita dapat bertemu lagi di bulan ramadhan kali ini. Bersyukur juga dapat menunaikan ibadah puasa dan solat terawih..

Kali ni saya nak berkongsi tentang perbezaan antara perkataan BINA dan BINASA.. Saya terbaca dalam majalah SOLUSI, jadi saya cuba share apa yang saya perolehi tentang dua perkataan ini.

BINA..

Ia laksana membina sebuah rumah idaman. Rumah idaman itu tidak semestinya besar dan mahal, tetapi rumah idaman yang di bina dengan berhati-hati dan teliti menggunakan bahan binaan yang baik dan tulen pasti menjadi sebuah rumah idaman buat seseorang. Menilai idaman bukan pada nilai harga atau fizikal, namun binaan itu diterjemahkan dalam sesuatu yang bersifat abstrak pada rumah tersebut iaitu keselesaan dan kebahagian yang ada dalam rumah idaman.

Jaringan ukhuwah jangan dihadkan kepada sesuatu golongan atau sebahagian manusia sahaja, tetapi bina silaturahim dengan sesiapa sahaja yang ditemui. Bukankah Allah s.w.t. menjadikan pelbagai bangsa dan kaum dalam kalangan manusia ini untuk kita membina hubungan baik sesama manusia? Teguhkan jaringan ukhuwah antara manusia agar dapat membina sebuah ikatan yang padu, tanda hidup ini saling memerlukan.

BINASA..

Membinasakan tidak sepayah membina, namun kesan daripada perbuatan membinasakan lebih perit dan payah untuk ditanggung.

Kenapa perlu dicalarkan kesucian fitrah seorang manusia yang suka kepada perkara kebaikan dengan perbuatan yang membinasakan? Diri yang tertanam sifat iri dengan kesenangan orang lain akan berusaha untuk membinasakan nikmat yang Allah kurniakan kepada orang lain tanpa pernah menyedari bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki kepada hamba-hamba-Nya.

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Pepatah melayu ini cukup cantik jika diambil pengajaran dalam menjaga anggota badan. Benar, segala tindakan manusia itu dikawal oleh hati, namun yang menggerakkan tindakan tersebut ialah anggota badan. Mulut yang tidak menjaga keaiban dan rahsia akan membinasakan mangsa dan boleh jadi terhadap diri sendiri.

Inga,t nikmat itu untuk dinikmati dan dimanfaatkan. Nikmat tidak boleh beriringan dengan perkara jahat atau buruk. Hanya diri yang berpegang teguh dengan ketaatan kepada Allah akan berfikir secara waras untuk menimbang-nimbang sama ada memilih perbuatan yang memBINA atau memBINASA

Untuk mendaoatkan vitamin shaklee boleh hubungi saya
Pn Aida
0137930935


0 comments:

Post a Comment