SUSU IBU SUSU TERBAIK

By | 19:50 Leave a Comment
ASSALAMUALAIKUM..

Lama dah saya tak berblog.. kerja yang banyak serta ditambahkan dengan sesi kuliah di UKM menyebabkan saya tiada masa. Tapi tu sebenarnya bukan alasan kan??

So hari ni saya nak ceritakan tentang kebaikan susu ibu. Sebab saya pon masih lagi menyusu Hana Humaira walaupun umur dia dah masuk 2 tahun lebih.. Saya happy dapat memberikan makanan yang terbaik ini pada anak saya.

Susu ibu adalah makanan yang paling 'mahal' dan paling berkhasiat untuk setiap bayi yang dilahirkan ke dunia. Tetapi sangat malang tidak semua bayi dapat menikmati susu ibu dan tidak semua ibu yakin dapat menyusu sepenuhnya bayi mereka.

Susu ibu adalah hadiah yang terbaik yang dapat ibu bapa berikan pada anak mereka tanpa bayaran mahal.
Nikmat menyusukan anak itu terlalu indah. Saya rasa hubungan saya dengan anak semakin rapat dan kasih sayang terhadap mereka terlalu tinggi nilainya.

Ramai ibu tak yakin dengan menyusukan bayi mereka. Adakala mereka terfikir, cukup ke susu ibu ni, kenyang tak bayi mereka.

Wahai ibu-ibu di luar sana, Inshaallah, yakinlah susu anda cukup untuk bayi anda. Kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir adalah sedikit. Contohnya saiz perut bayi untuk hari pertama hingga hari kedua sebesar buah ceri. Usia bayi pada minggu ketiga saiz perutnya sebesar telur.

Yakinlah anda boleh susu kan bayi anda sehingga umur dua tahun.

Berminat nak dapatkan set penyusuan daripada saya untuk menyokong nutrisi anda??



Hubungi saya Puan Aida 013-7930935 atau 011-20722382




0 comments:

Post a Comment