Rumahku Syurgaku... Impian Rumah Menjadi Kenyataan

By | 06:10 Leave a Comment
Assalamualaikum..

Hari ni saya nak tulis sedikit entry tentang rumah. Alhamdulillah saya diberikan rezeki oleh Allah untuk memiliki 2 unit rumah. Satu unit rumah teres di Taman Nusa Intan yang dah siap dan sudah disewakan kepada penyewa. Sebelum ni saya jadikan rumah tersebut sebagai Guest House tapi sebab dah tak larat nak bersihkan setiap kali digunakan maka saya dan suami bersetuju untuk disewakan pada penyewa kekal. Saya sewakan sebanyak RM1100 sebulan kerana rumah tersebut adalah lengkap dengan perabot.

Alhamdulillah saya dapat penyewa yang dah hampir setahun menyewa dan sangat cepat membayar sewa. Semoga dia terus kekal menyewa rumah saya.




Manakala satu unit lagi rumah saya sedang dibina dan dijangka siap pada hujung tahun ini. Inshaallah saya akan menetap di situ bersama suami dan anak-anak.. Syukur di atas rezeki yang Allah kurniakan.


Suatu hari nanti saya juga ingin membina sebuah rumah banglo indah di kampung halaman di kelantan. Ada sebidang tanah di situ menghadap sawah padi.
 


0 comments:

Post a Comment