VISION BOARD Penuhi Segala IMPIAN anda

By | 09:31 Leave a Comment
Assalamualaikum..

Hari ni saya nak ceritakan tentang VISION BOARD saya pada tahun 2015. Setiap orang mesti ada IMPIAN kan? So macam tu lah saya.. Saya ada banyak IMPIAN yang nak dicapai dalam hidup ini. Setiap Impian saya tu saya tulis dalam bentuk VISION BOARD.

VISION BOARD ialah senarai IMPIAN yang kita ingin capai dalam hidup. Bila kita tulis dengan jelas dan nyata maka kita lebih yakin VISION BOARD kita tulis akan tercapai. Jangan malu untuk menulis Impian anda.

Kalau boleh tampal lah VISION BOARD tu kat mana-mana. Setiap hari kita mesti tengok VISION BOARD kita tu. Jadi kita akan lebih bersemangat untuk berusaha merealisasikan segala IMpian kita yang kita tulis dalam VISION BOARD.

Nak tengok tak VISION BOARD saya pada tahun 2015 ni?? Hah.. saya buat VISION BOARD ni menggunakan power point je dan saya carilah gambar-gambar dalam internet. Kalau ada gambar, VISION BOARD kita lebih menarik.


Tadaa.. inilah VISION BOARD saya pada tahun ini dan Inshaallah saya akan tambahkan lagi segala IMPIAN saya yang saya nak capai tahun ni. Saya suka Separate kan vision board ni ikut tahun.. senang nak visualise setiap hari..

Doakan saya berjaya ye mencapai segala impian yg saya dah tulis dalam vision board di atas. By the way, Alhamdulillah bulan 3 haritu saya dah capai vision board saya yang pertama iaitu untuk memiliki tab s samsung. Sepatutnya saya target untuk memiliki tablet s samsung pada bulan Jun.. tapi ALLAH S.W.T Maha Pemurah dan Maha Pemberi.. DOA awal dimakbulkan..


So jangan malu-malu nak buat VISION BOARD ye..


0 comments:

Post a Comment