Shikansen Memang Superb Laju dan Menjadi Ikon Jepun

By | 07:56 Leave a Comment




Assalamualaikum semua. Entry kali ni aku nak cerita pasal Shinkansen a.k.a bullet train. Maklumat ni aku dapat daripada sebuah Blog iaitu BlogKuDaHCaCaMeRba. Thanks pada blogger tersebut. Memang aku teringin nak rasa naik Shikansen ni kalau ke Jepun suatu hari nanti sebab aku dah merasa naik Bullet Train di Korea tahun lepas. So tahun ni alang-alang nak rasa pulak Shikansen Jepun.

Kalau nak tahu, salah satu ikon Jepun selain dari Mt. Fuji ialah shinkansen. Keretapi ni bukan calang-calang, malah diiktiraf sebagai keretapi paling laju di dunia. 

 


Shinkansen ni ada 3 level:-

1. Nozomi dan Mizuho :

 

Shinkansen ni kategori berdesup tahap maksima. 

Kalau ambil JR Pass pun, korang tak boleh naik train ni sebab tahap laju die melampaui batas
Nozomi hanya akan berhenti di station utama saja. In case kalau Nozomi nak lalu, train lain yang low class kene bagi laluan dulu.

Contoh route Osaka-Tokyo, Nozomi akan ambil masa 2 jam lebih sikit. Tapi shinkansen lain akan ambil masa 2 jam setengah - 3 jam walhal jarak die tu umpama JB ke Ipoh.

 2.  Hikari, Sakura:

 

Ini Shinkansen kategori middle class tapi service,kelajuan,keselesaan die lagi hebat dari MAS..So korang boleh bayang la camne ye..

 3.  Kodama: 

 

Train ni kategori lembap sikit. Lembap bukan sebab ape, sebab die banyak berhenti di station-station kecik. Lagi satu, kalau ada Nozomi kat belakang tengah kejar dia, die stop kejap kat station kecik ni bagi laluan untuk Nozomi.


Lain-lain nak cerita pasal Shinkansen yang dikongsi oleh blogger ni ialah:-
  • Kalau shinkansen ni berselisih antara satu sama lain-terasa macam nak terbang je.
  • Nak masuk ke track shinkansen, korang kene ade tiket shinkansen. Track menunggu shinkansen di asingkan dengan train-train ke lain. Means, kat sini hanya penumpang je boleh masuk. Kalau hangpa nak hantar pakngah,makngah sampai diorang naik train, jangan harap boleh lambai diorang. Cuma boleh lambai dari main gate je.
  • Ada gerabak reserve, non reserve & green car. Kalau ambil JR Pass, boleh reserve seat.Tapi tak boleh amik green car. Green car ni kirenye seat first class. Istilah "car" kat sini ialah coach / gerabak. Kalau kat tiket tu tulis car 3, korang kene beratur terus kat platform 3.Beratur okey!! Jangan bongkak sangat taknak beratur.
  • Dalam gerabak akan ada pramugari yang akan jual air & makanan.Pramugari ni akan tolak troli setiap gerabak. Sebelum keluar,dia akan tunduk hormat dulu kat pintu gerabak walaupun korang tak layan die jual.
  • Kalau airasia, nak makan makanan luar tak boleh kan?tapi dalam shinkansen no problem. Even ramai bussinessman bussinesswoman yang beli set bento & makan dalam train.
  • Dalam shinkansen ade toilet,bilik bersolek, bilik untuk telefon,vending machine...ade sesetengah shinkansen tu siap toilet untuk nappy room/ OKU yang selesa gile. Aku pun guna toilet OKU je.hikhik..
Sumber daripada:  http://hafeezafauzi.blogspot.com/2014/01/pengembaraan-doraemon-dan-nobita-ke_28.html


0 comments:

Post a Comment