PANAS!! TEKNIK TERKINI NAK JAWAB KERTAS 3 BIOLOGI SPM

By | 00:50 Leave a Comment

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 

 

 

 

Berikut disenaraikan beberapa tips untuk menjawab soalan kertas 3 (Soalan 1 dan 2):

1. Baca semua soalan dengan teliti kerana kebanyakkan jawapan boleh didapati daripada soalan.

2. Gariskan semua kata kunci terutamanya berkenaan pembolehubah (variables) dan tujuan eksperimen    (biasanya dimulakan dengan ayat; .....to study.....)

3. Manipulated variable merujuk kepada sesuatu perkara yang diubah-ubah ataupun yang dikaji dalam eksperimen; Responding variable merujuk kepada hasil atau dapatan daripada eksperimen dan Constant/Fix variable merujuk kepada perkara yang ditetapkan atau tidak
berubah sepanjang eksperimen dijalankan.

4. Bagi soalan 1:
  • OBSERVATIONS boleh didapati daripada apa yang telah tertulis di dalam Jadual sahaja. Jangan menjawab apa yang tiada daripada jadual.
  • INFERENS merupakan penjelasan atau sebab kepada pemerhatian (observation). Jangan ulangi ayat pemerhatian (observation) kerana biasanya jawapan inferens tidak boleh didapati daripada jadual sahaja. Anda kena berfikir...
  • VARIABLES biasanya boleh didapati terus daripada soalan. Yang penting baca soalan dengan teliti. Bagi soalan ini, jadual bagi pembolehubah telah disediakan dengan ruangan di sebelah kiri adalah untuk nama Variable (manipulated, responding dan constant/fix) dan ruangan di sebelah kanan adalah untuk method to handle the variable.
  • Jangan lupa kata kunci (key word) untuk menjawab ruangan method/how to handle the variable. INGAT !!! Key word untuk method/how to handle MV adalah use different..... atau replace with......
  • Key word bagi method/how to handle RV adalah measure and record ...............by using ...(mesti ada apparatus)... ataupun calculate and record .........by using ......(mesti tulis formula)....
  • Key word bagi method/how to handle CV adalah Fix the amount/volume/concentration/type/mass of...... ATAU Use the same amount/volume/concentration/type/mass of......
  • HIPOTESIS adalah perkaitan (RELATIONSHIP) antara Manipulated variable dengan Responding variable. Struktur ayat tidak menjadi masalah yang besar asalkan dalam hipotesis mengandungi kedua-dua pembolehubah tersebut dan perhubungan antara keduanya. Ada 2 cara yang mudah untuk menulis hipotesis.
  • Pertama secara perbandingan (comparison) dan tidak perlu menggunakan ayat; The higher.....the higher........atau The higher.........the lower...........Contohnya, The lime juice contains higher vitamin C compared to watermelon juice ATAU The peanut has more energy than white bread.
  • Kedua adalah seperti yang biasa digunakan. Contohnya, The higher the light intensity, the higher the rate of photosynthesis ATAU The higher the humidity, the lower the rate of transpiration.
  • JADUAL hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya. Jangan hilangkan markah anda hanya kerana anda tidak tahu bagaimana hendak membuat jadual. Kesemua aspek telah diberikan dalam soalan, yang penting bina jadual mengikut aspek tersebut dan jangan lupa menggunakan pembaris apabila anda membina jadual.
  • GRAF juga harus diberi perhatian yang serius! Cuba bezakan antara ayat...draw a graph, draw a bar chart and draw a histogram. Kerana ramai yang masih tidak boleh membezakan antara ketiga-tiga bentuk graf tersebut.
  • Draw a graph maksudnya, plotkan titik dan sambungkan kesemua titik tersebut. INGAT! Antara titik-titik sahaja, TAK semestinya melalui paksi-x atau paksi-y.
  • Draw a bar chart maksudnya, lukis 2 atau lebih bar secara berasingan. JANGAN rapatkan bar-bar tersebut.
  • Draw a histogram maksudnya, lukis 2 atau lebih bar secara rapat-rapat. JANGAN jarakannya.
  • PENERANGAN KEPADA HUBUNGAN (explain the relationship), jawapannya adalah berdasarkan graf yang telah dilukis sebelumnya. JANGAN LUPA untuk memberi penerangan/sebab kepada jawapan anda ATAUPUN tulis semula hipotesis anda dan beri penerangan/sebab kepada hipotesis anda itu.
  • MENDEFINISI SECARA OPERASI (operatinal defination/deduce), seharusnya anda memberi maksud sesuatu perkara itu berdasarkan hasil eksperimen pada permulaan soalan 1 dan apa juga yang berkaitan dengannya. Jangan berikan jawapan berdasarkan teori yang anda pelajari di dalam kelas, kerana ia boleh mengurangkan markah anda.
  • Perkara yang mesti ada adalah (i) WHAT, (ii) WHERE/HOW AND (iii) FACTORS.
  • Contohnya, The rate of photosynthesis is shown by the number of bubbles produce by Hydrilla sp in sodium hydrogen carbonate and affected/influenced by the light intensity.
  • Kalau susah sangat, tulis sahaja apa yang anda lihat dalam Jadual pada permulaan soalan + apa yang anda tulis dalam pembinaan jadual (atau pengiraan) + inferens.
  • Soalan yang berikutnya biasanya berkaitan dengan RAMALAN (prediction). Dalam soalan ini anda digalakkan menjawab berdasarkan situasi yang diberikan dan kaitannya dengan soalan yang sedia ada. Cuba jawab soalan ini dengan berhati-hati dan jangan lupa berikan penerangan kepada ramalan anda.
  • Akhir sekali untuk soalan 1, adalah soalan berkaitan dengan PENGELASAN. Kelaskan bahan-bahan atau alat radas atau apa jua yang ditanya dengan teliti dan berhati-hati. Lihat kembali pada seluruh soalan 1 dan cubalah ingat kembali apa yang anda telah pelajari di dalam kelas.

5. Bagi soalan 2:


  • Biasanya dalam soalan kedua, calon mesti menjawab soalan berdasarkan 9 kriteria yang telah ditetapkan dalam soalan seperti berikut:

  1. PROBLEM STATEMENT
  2. AIM OF INVESTIGATION
  3. HYPOTHESIS
  4. VARIABLES
  5. LIST OF APPARATUS AND MATERIALS
  6. TECHNIQUE
  7. PROCEDURE OR METHOD
  8. PRESENTATION OF DATA
  9. CONCLUSION

  • PROBLEM STATEMENT - Mesti dalam bentuk soalan (question form). Mulakan dengan ayat tanya (wh sentence. Contohnya, What / Where / When / Does / How). Jangan lupa untuk meletakkan tanda soal (question mark, ?) di akhir ayat.
  • AIM - Mulakan dengan ayat 'To study....' atau 'To investigate....' Ayat bagi Aim (tujuan) biasanya boleh didapati daripada soalan.
  • HYPOTHESIS - Boleh menghubungkait antara Manipulated variable dan Responding variable.
  • VARIABLES - Mesti dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dengan betul.
  • TECHNIQUE - Dapat menyatakan dengan jelas cara bagaimana untuk mendapatkan data/hasil daripada eksperimen berkenaan. Mesti ada perkataan ' dan alat radas yang digunakan. Contohnya, (i) Measure and record..'Measure and record the volume of fruit juices needed to change the DCPIP from blue to colourless by using a syringe. (ii) Measure and record the final water temperature in the boiling tube by using a thermometer.
  • MATERIALS AND APPARATUS - Senaraikan kesemua bahan dan radas yang diperlukan dalam eksperimen. Tulis di bawah satu tajuk yang sama iaitu 'Materials and apparatus'. Jangan ditulis secara berasingan.
  • PROCEDURE / METHOD - Tulis semua kaedah / cara kerja eksperimen berdasarkan kriteria berikut:
K1 (Explain how you set up the apparatus and materials)
K2 (State how you handle the FIX VARIABLE)
K3 (State how you handle the RESPONDING VARIABLE - SAME AS TECHNIQUE)
K4 (State how you handle the MANIPULATED VARIABLE)
K5 (Precautionary step OR write Repeat the whole experiments to get the average reading and record the data)
  • PRESENTATION OF DATA - Gunakan jadual yang mempunyai tajuk dan unit (jika ada). Ruangan keputusan eksperimen tidak perlu diisi.
  • CONCLUSION - Tulis sahaja 'Hypothesis is accepted' dan anda mesti menulis semula hypothesis yang telah anda tulis di atas.

"Akhir kata, selamat menghadapi Peperiksaan SPM dengan
penuh yakin dan tawakkal. Usaha Pasti Jaya"
Sumber : http://mudahbelajarbio.blogspot.com/p/teknik-menjawab-kertas-3.html

0 comments:

Post a Comment