Menyusuri Sungai Mekong Di Vietnam Yang Mengujakan!!

By | 02:10 Leave a Comment



Assalamualaikum semua... Kali ni saya kongsikan pengalaman saya dan rakan-rakan semasa menyusuri Sungai Mekong di Vietnam.

Dari bandar Ho Chi Minh kami menuju ke Sungai Mekong dengan menaiki bas. Kira-kira sejam perjalanan kami. Sepanjang jalan saya dapat melihat pemandangan indah: sungai, sawah padi, kebun-kebun dan rumah-rumah. Yang uniknya di sini terdapat tanah perkuburan di tengah-tengah sawah. Kata Pemandu Pelancong supaya anak-anak tak dapat jual tanah tersebut.


Apabila sampai ke destinasi, saya dan rakan-rakan singgah sebentar untuk menunaikan hajat masing-masing.  Ramai sangat orang yang nak guna bilik air di situ. Peringatan ye buat mereka yang nak ke sana sila bawa cebuk sendiri kerana di dalam tandasnya tak sediakan paip air.  Alamak lecehnya!!! Mujurlah ada bawa botol air mineral dalam beg saya. Fuh!!! Lega...


Apabila sampai di Sungai Mekong, kami pun menaiki bot yang terdapat di situ. Merentas sungai yang besar  dengan rasa gembira, konon-kononlah. Terdapat empat buah pulau di kawasan itu iaitu Unicorn, Phoenix, Dragon dan Tortoise.  Kami menuju ke pulau Unicorn yang berdekatan. Di Pulau Unicorn kami melihat tempat membela lebah dan penghasilan madu. Jadi kitaorang pun cubalah madu lebah itu iaitu dengan cara meminum teh yang dicampur madu asli dan menyapu royal jelly pada kulit. Alamak feeling2 best pulak. Dah cuba belilah. Sebotol madu asli berharga RM16.00. Manakal Royal Jelly kitaorg tak beli sebabnya??? Rege mahal sangat.. Dah menipis DONG ku!! HUHUUHU

Psst.. patutlah kulit orang sini cantik2 makan madu dan sapu royal jelly ye..


Ermmm ko ingat Cantik sangat ke?? Hahahaha Jangan marah Raja Aini!!


Sempat bergambar dengan si cantik ni!! Mulus je kulit dia. Rahsianya makan SHAKLEE. oppps!!


Selepas itu kitaorg pergi ke sebuah restoren yang terletak berdekatan dengan bazar jualan. Kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan yang ada di situ seperti betik, buah naga, mempelam dan minum teh sambil dihiburkan oleh penyanyi tempatan. Diorg nyanyi lagi Rasa Sayang Versi Vietnam.. Amboi bukan main lagi geng2 lelaki ni. Almaklumlah penyanyi2 nya perempuan cantik!! Lepas ni jangan lupa bagi TIPS ye kat penyanyi2 tu..


Tengoklah wajah i yang cun ni!! Hahaha hasil set Gojes Shaklee.

Selepas makan buah-buahan tempatan dan mendengar lagu kami diminta bergerak menyusuri kampung  menuju ke tebing sungai. Kali ini sungainya kecil dan banyak sampan-sampan. Wow kitaorg nak naik sampan!! Pengalaman baru bagi saya sebab tak pernah naik sampan.


Amboi bukan main gembira lagi Yo!! Nanti Bagi Tips tau!!

Okey itu sahaja pengalaman yang dapat saya kongsikan sepanjang menyusuri sungai mekong. Penduduk Vietnam sangat ramah dan rata2 nya sangat2 rajin bekerja mencari rezeki. Adakala kesian sangat tengok.

Tips untuk saya sentiasa bertenaga sepanjang perjalanan di Vietnam mestilah saya amalkan set shaklee.






0 comments:

Post a Comment