Assalamualaikum
Entry kali ni saya nak bawakan pada anda ialah melancong ke Everland korea... Yuhuu bestkan
Everland korea tu macamana? best ke?
Macam
yang korang tau..nama everland je mestilah berkonsepkan taman tema ye
dok?
Everland Resort
adalah sebuah taman tema yang terletak di Yongin, sebuah bandar di
wilayah Gyeonggi-do, Korea Selatan.
Everland
adalah taman tema terbesar di Korea Selatan yang menduduki tempat ke 13
di dunia bagi kehadiran taman hiburan pada tahun 2011.tak tau la betul ke
dok hasil research encik google ni. apa yang menariknya everland ni dengan taman tema yang lain??
ok
untuk makluman bagi yang berminat.. Everland ni juga ada termasuk zoo
dan taman air yang dikenali sebagai Bay Caribbean.
disamping tu akak bole enjoy dalam everland ni. akak juga dapat menikmati panorama musim bunga kat sini. Bunga tulip yang pelbagai warna.. ermmm best giler. Lagi satu everland ni juga tempat pengambaran Running Man!!
Everland merupakan taman tema yang terbesar di korea. terletak di luar seoul iaitu di suwon. Di miliki oleh syarikat Samsung.. memang best juga berkunjung di sini... macam2 taman tema ada di sini. so kalau nak ke sini boleh follow ye direction kat bawah ni:
Cara Nak Ke Everland, Korea:
#Drp Myeondong Station ke Chungmuro Station
# Transfer ke Line 3 dan naik Train Ke Yangjae Station
# Lepas tu transfer ke Shibundang Line dan naik Train ke Jeongja
#Transfer ke Bundang Line dan naik train ke Giheung
#Transfer ke Everline dan naik train ke Jeondae-Everland.
Like Page https://www.facebook.com/KakiTravelDotCom
0 comments:
Post a Comment