The Latest

Post kali ni saya nak share destinasi berikutnya untuk kami mengembara di Bumi Allah ini. Pilihan saya adalah negara matahari terbit, Jepun. Kenapa Jepun? Sudah tentu saya sendiri nak lihat dengan mata saya tentang sikap berdisiplin rakyat Jepun yang diwar-warkan iaitu sangat menjaga kebersihan dan adab susila. Selain daripada itu saya sendiri sangat menyukai keindahan alam semulajadi di negara Jepun terutama di kawasan Kyoto. 

Jadi start awal tahun saya sudah mencari info tentang negara Jepun dengan mengakses blog-blog rakan-rakan travel yang sudah mengembara di sana. Saya juga sudah merancang budget dan itenerary untuk ke sana. Budget yang saya buat lebih kurang RM5000 +++ ke atas tanpa shopping. Tempoh pengembaraan selama 10 hari dan kawasan yang dipilih adalah Osaka, Nara, Kyoto, Takayama, Shirakawa, Hakone (Fuji Lakes) dan Tokyo. Kalau pergi selama 3 minggu mampu cover semua tempat di Jepun tapi takpelah ada rezeki saya akan ke sana balik. Lama sangat nak tinggal baby hasya takut ibu yang demam kerinduan. 

Oh ya, buat masa ini saya terpaksa travel bersama rakan-rakan disebabkan budget yang tak mencukupi untuk membawa anak2, lagi satu saya tak berani nak bawa anak-anak ke oversea sebab mereka masih kecil dan antibodi belum kuat lagi plus saya mahu anak-anak rajin berusaha untuk memajukan diri agar dapat menyimpan duit macam ibu dia untuk travel. Abah saya tak pernah nak manjakan saya, kalau nak sesuatu kene usaha sendiri. Sekarang bila dah kerja dan ada duit saya dapat memenuhi IMPIAN saya untuk mengembara di Bumi Allah. Syukur sangat. Buat masa ni anak-anak ibu hanya mampu ibu bawa kamu cuti-cuti Malaysia saja. JADI kalau kamu nak mengembara ke LUAR NEGARA, belajar rajin-rajin supaya kamu dapat KERJA yang mampu menjamin masa depan kamu dan memenuhi IMPIAN kamu. Ibu dan Ayah hanya mampu sediakan PENDIDIKAN untuk kamu. Yang lain-lain kamu kene usaha sendiri tau!!

Tentu saja ada yang persoalkan kenapa saya suka travel dan tinggalkan anak-anak. Sebenarnya dalam 365 hari dalam setahun tu saya tak pernah tinggalkan anak-anak kecuali pergi bekerja saja. Saya sentiasa berkepit dengan anak-anak. Bermain dengan mereka. Cuma dalam seminggu saya meminta izin dengan suami untuk mengembara. Seminggu dalam setahun tau, bukan tiap-tiap minggu.. kikikiki. Dan saya bukannya setiap tahun 5 atau 6 kali travel.. setakat ni hanya mampu sekali dalam setahun. Ko ingat saya banyak DUIT nak gi travel tiap2 bulan atau setiap kali cuti sekolah!!

Oh ya, banyak betul bebel pulak, berbalik pada Trip Jepun. Saya rancang pada tahun depan iaitu Bulan Disember 2017. Tahun ni off travel. Hasya masih baby dan tak sampai hati nak tinggalkan. 
Saya rancang untuk memulakan pengembaraan di Osaka terlebih dahulu. Inshaallah kalau sempat boleh merasa suasana autumn di Jepun. Lepas tu boleh pergi ke Nara, Kyoto, Takayama, Shirakawa, Hakone (Fuji 5 Lakes) dan Tokyo. Jadi tix flight kene beli yang mendarat di Kansai Airport terlebih dahulu dan balik melalui Haneda Airport. 

Sekarang ni dah ada 4 orang yang confirm nak join Trip Jepun yang saya plan kan. Kami tengah menunggu untuk membeli Tix untuk tahun depan. Lepas beli tix barulah boleh tempah penginapan dan membeli JR Pass yang boleh cover pengangkutan keretapi di seluruh Jepun. 

Jadi kalau mereka yang nak banyak info tentang Jepun boleh ke web Japan Guide.







Assalamualaikum semua. Hari ni tiba-tiba teragak nak sambung entry travel di korea. Kali ni saya nak fokus di kawasan seoul. Seoul ni ibu negara Korea. Populasi penduduknya saja dah juta-juta orang tau.

Selepas penat menjejaki kepulauan Jeju, maka tibalah untuk melambaikan tangan. Sesungguhnya saya sangat menyukai Pulau Jeju, sangat tenang dengan keindahan alam semulajadinya. Inshaallah ada rezeki saya bertandang semula ke Jeju Island.

Kami berangkat ke Lapangan Terbang Jeju untuk berlepas ke Gimpo Airport dengan menaiki pesawat Air Busan. Selepas 1 jam di udara kami sampai ke Gimpo. Sewaktu nak mendarat kat sana, kami disambut dengan luruhan salji di udara. Jakun sekejap mak buyong. Eksaited tau. Suhu sejuk di luar.
Setelah selesai urusan bagasi kami pon keluar untuk menunggu bas untuk ke seoul. Tiket boleh beli kat kaunter di dalam airport.

Dalam sejam menunggu airport bas, maka sampailah ia. Kami tak sanggup tunggu di luar sebab sangat sejuk. Berasap mulut tau. Dalam bas saya hanya melelapkan mata dan sesekali melemparkan padangan di luar tingkap. Tengok luruhan salji. Cantik sungguh. Kali ke 2 ke seoul memberi pengalaman ke dua buat saya.

Akhirnya kami sampai ke kawasan guesthouse kami yang terletak di Myeondong. Sekarang cuba nak cari tempatnya di mana. Kami ikut je arahan yang diberikan. Mula-mula tu sesat jugak, ditambah lagi dengan cuaca yang teramat sejuk rasa mahu beku sudah. Ohhhh taubat tak mahu jalan musim sejuk, tak mampu bertahan.. Akhirnya kami temui jugak Namsan Guesthouse 3. Penat kaki mak buyong, nasiblah dapat teman travel yang ringan tulang tolong bawa beg jugak. Thanks syirah.

Kami sampai pon dah hampir nak malam. So takdelah nak ke mana-mana, just jalan-jalan sekitar myeondong sambil cari mafla dan sarung tangan sebab memang tak prepare nak bawa. Kami cuci mata kat area myeondong shopping street bawah tanah tu.

Bolehlah tawar menawar dengan jurujual kat situ. Nanti bersambung part 2 eh. Ni saya tujukan lagu kpop buat semua. kikikikiki



Hari ni saya rasa nak share dengan korang pengalaman saya  sambung master atau ijazah sarjana di universiti.
Entri ni pon berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa menyambung pengajian master dalam bidang kurikulum dan pedagogi di UKM. Saya baru sahaja menamatkan pengajian master dan Inshaallah ada rezeki saya akan konvokesyen pada November nanti.

Alhamdulillah saya berpeluang menyambung pengajian master di UKM secara part time bermula pada tahun 2012. Sewaktu saya dapat tahu keputusan permohonan pengajian master tu berjaya saya juga disahkan hamil anak ketiga. Alhamdulillah double rezeki Allah bagi setelah menunggu 6 tahun kehadiran anak yang ke 3.

Semester 1 dimulakan pengajian dengan penuh semangat, kelas saya bermula pada waktu petang hingga ke malam. Pagi sampai tengahari saya kerja macam biasa. Oh ya saya merupakan guru sains dan biologi di sebuah sekolah di negeri sembilan. Rutin perjalanan master saya ni terus berlangsung sehinggalah sem 6 pada januari tahun 2016, iaitu semester terakhir saya. Saya pernah menangguhkan pengajian pada semester 2 iaitu pada tahun 2013 semasa melahirkan anak ke 3. Saya juga telah disahkan hamil pada semester ke 5 anak yang ke 4 dan melahirkan baby master yang ke 4 ni pada 16 februari 2016 selepas tamat semester terakhir. Hihihihi nampaknya ada dua baby master yang akan menemani ibunya semasa konvokesyen nanti.

Oklah, saya nak share sedikit tips tak seberapa sewaktu sambung pengajian master ni. Yelah bukan senang belajar part time ni. Pagi sampai tengahari kene kerja, petang sampai ke malam ada kelas lagi. Dahlah ada anak-anak kecil yang perlu diuruskan lagi. Saya kene betul-betul pandai bahagikan masa. Nak urus rumahtangga, kerja dan belajar dalam satu-satu masa. Memang tipulah kalau tak stress dan pening kepala.

Tipsnya ialah korang kene yakin dan push motivasi dalaman yang korang mampu belajar sehingga habis walau apa pon yang berlaku. Dulu saya juga hampir down sampai tak nak sambung belajar lagi dah. Saya pernah dimarahi oleh SV saya di depan students lain macam budak kecik tapi saya tebalkan muka dan meminta maaf pada SV. Jangan ego sangat nak minta maaf pada SV walaupun korang betul.. hahahaha

Seterusnya mesti dapat sokongan suami dan ibu bapa. Mereka punya sokongan sangat penting buat kita survival dalam menyambung pengajian ni. Kalau suami dan keluarga tak sokong memanglah payah sebab kat situ mereka dah tak redha kita sambung belajar. Kalau boleh ceritalah elok-elok pada keluarga sebab apa kita nak sambung belajar. Mesti mereka faham. Saya rasa jarang sangat keluarga tak bagi sokongan. Mereka tentu berbangga dengan taraf pencapaian akademik keluarga.

Paling penting untuk sambung pengajian ni ialah sentiasalah berdoa pada Allah memohon diberikan kemudahan dan dilancarkan segala urusan pembelajaran. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih pada hambaNya yang sentiasa meminta-minta padaNya.

Jangan cepat putus asa tau if korang hantar berpuluh-puluh email SV tak balas. Hantar je macam biasa, bertegur sapa je dengan SV kita tu.

Dan lagi satu tips korang kene wujudkan hubungan baik dengan pihak majikan korang if sambung study secara part time. Yelah korang nak minta cuti ke atau nak keluar awal ke kelas ke, mesti jumpa bos kan nak minta izin. If takde hubungan baik memang ke laut lah. Susah bos nak memenuhi permintaan kita. So kene wujudkan atmosfera yang baik di tempat kerja.

Ok lah itu sahaja tips yang saya boleh share, yang lain2 tu kalau ada tips lagi saya akan sambung entri lain. Semoga berjaya sambung belajar Master. Inshaallah saya akan sambung Phd pada tahun 2017. Doakan saya ye.

 salah satu kelas di UKM dengan Dr Isa. Laptop merah syirah punya tau. Teman travel saya.



Masa last day setiap kelas, budak2 master suka buat jamuan makan.. hihihihi, budak lelaki baju biru tu huii memang ohsemlah.. bentang seminar sampai ke jepun. Ko ade??

Alhamdulillah hari ni nak sambung cerita perjalanan saya dan rakan di Jeju Island. Walaupun sebenarnya memang tak cukup nak berjalan di Jeju selama 2 hari. Paling best pergi 4 hari baru puas hati.. takpe nanti ada alasan nak datang sini lagi untuk cover tempat yang tak pergi lagi.. hahahahaha...

So, selepas Mr Kim drop kami kat Yeha Guesthouse, sekarang di kenali sebagai Hostel Lyndon. Ada cerita lucu di sebalik guesthouse ini. Nanti aku cerita next entri untuk review penginapan pulak. Doa-doakan aku istiqamah menulis. Tiba-tiba cuti 3 bulan ni aku ter'rajin' pulak.

Bila sampai guesthouse, kami check in dan ambil kunci, Alhamdulillah bilik sangat selesa jugak. tak sabar nak rehat dan tido. badan dah penat sangat sebab berjalan seharian.. huhuhuu..

So, pagi-pagi esok dengan erti kata tepat jam 9 pagi dah terpacak Mr Kim kat Guesthouse kami. Memang on time betul dan sangat efisyen.. kita orang je lenggang kangkung lagi.. hahahaha

So itinerari hari ni, Mr Kim membawa aku dan syirah ke Sangumburi Crater. Ia merupakan kawasan kawah yang terbentuk daripada letusan gunung berapi. Bayaran masuk ke sini 6000 won. Memang best tau. Cuma masa kami sampai tu tiba2 hujan rintik2 tapi Mr Kim dah siap2 kan payung.. ermmm bestkan ada driver mcm ni. Rasa macam VVIP pulak. Kuang..kuang..kuang..







So lepas dah puas berjalan-jalan dan menikmati keindahan di sini, kami meneruskan perjalanan ke Songeup Folk Village. Sebuah Perkampungan tradisional penduduk jeju. Rumah-rumah di sini agak berlainan daripada rumah tradisional di seoul. Kami singgah di situ dan mendengar penerangan drp ahjussi yg sangat peramah menceritakan tentang kehidupan masyarakat jeju. memang Ohsem sunggu ahjussi ni siap nak bergambar dengan kitaorang dan promote beli teh dia. Aku terjebak beli. Memang teh dia sedap dan semua rasa ada.. harga pon boleh tahan.. hihihiihi.. eh lupa pulak lokasi ini juga dipilih untuk drama seaside..





Selepas itu, Mr Kim membawa kami ke destinasi seterusnya iaitu Seopkoji. Seopkoji ni merupakan teluk dan sangat cantik sebab terletak di persisiran pantai pulau jeju. Kalau gi musim bunga dapatlah lihat bunga kecik2 warna kuning tu. Ni pon lokasi drama All in. Masa sampai sini memang ramai pelancong dan baru lepas hujung..huii bertambah2 sejuknya.. kat sini memang banyak guna kudrat kaki namun mak buyong tetap gagah, if tak larat sampai situ jelah berjalannya.. masih waras lagi.. hahaha.. masa nak balik terbau aroma sotong bakar.. tapi tak beli pon sebab lepas ni ahjussi nak bawa kitaorang makan kat restoran seafood.





Ok lepas tu kami ke Seongsan Illchubong, kat sini tapak warisan yg diiktiraf oleh UNESCO. Di hujung tempat ni terdapat kawah besar. Tapi kami just amik gambar je. Memang aku tak berani nak mendaki dah, sebab kaki dah mula sakit..

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Woljeong beach. Masa ni cuaca dah mendung menandakan nak hujan. kami pon hanya amik gambar sekitar dan tengok2 aje. sebab kalau pergi tengah hari rasanya nampak lebih menarik. pantai tu nampak lebih putih dan jernih je air dia.

So last destinasi sebelum Mr Kim hantar kami pulang ke hostel ialah Mysterious Road. Jalan ni sangat misteri kerana apa2 sahaja objek termasuk kereta dan bas boleh bergerak sendiri walaupun enjin kereta dah dimatikan. Hahahaha ada hantu ke???

Okey, kitaorang balik guest house dan merehatkan diri.











Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak berkongsi pengalaman bercuti ke Jeju Island, sebuah pulau yang indah di korea.. lebih besar dari seoul dan kalau setakat 2 malam memang tak cukup nak ronda Pulau Jeju ni.
So kami last day di Busan dan pagi2 selepas sarapan check out guest house sini. Emmmm guesthouse sini sangat best dan paling dekat dengan dengan stesen train nampo. hanya 50 meter sahaja.. hihihi. Namanya Funstay Inn.. nanti saya bagi review pasal guesthouse ni okey.


So kami tahan teksi dekat depan guest house sahaja dan minta hantar ke Gimhae Airport. Flight kami pukul 1 tengahari. Kami memilih Air Busan untuk membawa kami ke pulau jeju. Oh ya sepanjang kami di Pulau Jeju, kami menggunakan khidmat pemandu teksi untuk membawa kami ronda2 di sini. Namanya Mr Kim. Sangat baik dan pandai speaking dan dia juga boleh jadi juru kamera sekaligus.. hihihihi...

Berselfie di Gimhae Airport sebelum berlepas ke jeju

 Gimhae Domestic Airport



Bergambar dengan pramugara dan pramugari Air Busan. Alamak nampak perot mak buyong


Bila dah sampai ke Jeju Airport, so kami pon amik bagasi kami.. bila keluar dari airport jeju dah nampak Mr Kim memegang kertas yang bertulis nama ku.. Aidatul.. hihihi lupa nak snap gambar.. errr rasa macam VIP pulak.. kih..kih..kih..

Mr Kim menyapa kami penuh ramah dan menolong membawa bagasi ku.. hihihi.. releks sikit mak buyong dan kami menuju ke kereta. Aku melihat kereta Mr Kim bawa boleh memuatkan empat orang penumpang, sangat kemas dan memang puas hati lah.. sebenarnya teksi2 di korea ni memang baru-baru semua.

So hasil perbincangan dengan Mr Kim, kami memilih destinasi berikut untuk meneroka bumi jeju pada hari pertama..

1. Gunung Sanbangsan






2. Memetik tangerine di ladang. 




3. Cheongbang Waterfall





4. Lokasi Drama Seaside (Tempat lupa, nanti kene pergi sekali lagi.. hahaha)



Okey ini saja tempat yang Mr Kim bawa kami jalan-jalan untuk hari ni. Kita bersambung lagi untuk hari ke dua di jeju Island ye.. 

Kalau nak tahu lebih lanjut info tempat-tempat di jeju Island boleh tekan link ni Tempat Menarik di Pulau Jeju


Assalamualaikum gais..

Alhamdulillah hari ni rasa nak sambung lagi entri terbaru tentang trip musim luruh di Busan untuk hari ke dua kami di sini.

Hari ni baby hasya (baby korea) agak meragam sikit sebab kene tinggal kat ibu dia. Ibu pergi bank kejap untuk urusan pembayaran duit seminar di UTHM.. Alhamdulillah dah settle urusan pembayaran untuk pembentangan seminar. Melayang RM 400 you, tapi takpelah demi mengenggam segunung ijazah sarjana saya sanggup laburkan duit.. huhuhuhu

Okey kita sambung part trip busan ni untuk hari ke 2..

So hari ke 2 kami nak ke gamcheon village.. sebuah perkampungan budaya korea. banyak rumah warna-warni di sini..
Selepas sarapan, kami terus keluar menaiki train ke stesen toseong (Line 1), keluar exit 6 tau, jalan terus sampai simpang terus dan ke kanan. Di sebelah kanan ada hospital dan di depan hospital ada tempat menunggu bas.So kita tunggulah bas NO 2 tu sampai. Bas ini akan ke Gamcheon Cultural Village. Bas nya kecil sahaja.. kuang..kuang..kuang..

So bila bas sampai, naik lah kami tapi.. takde tempat duduk sebab ramai sangat orang yang naik dan basnya pulak kecil.. so terpaksalah mak buyong berdiri.. sedih tau..
So bas pon bergerak lah ke sana.. dan.. sampai satu tempat tetiba je bas tak dapat bergerak sebab kawasan nya agak berbukit.. dan padat pulak dengan org.. so bas terpaksa berhenti..
tetiba rasa berdetik dalam hati.. aku kene jalan kaki ke nak ke sana.. mak aii pengsan lagi mak buyong.. kan terberanak pulak aku ni.. hihihihi.. adalah beberapa org penumpang yang turun tapi kami tak turunlah..

Alhamdulillah enjin bas dapat hidup kembali dan akhirnya kami sampai ke destinasi. So kawan aku si syirah eksaited nampaknya.. tengok rumah berwarna warni.. tapi kami hanya jalan dekat2 situ aje sebab kawasan perkampungan berbukit. Takut mak buyong tak larat.. kaki pon dah penat berdiri dalam bas tadi..

Puas kami bergambar di kawasan gamcheon village tu tibalah masa untuk pulang ke guest house. Petang nanti kami nak ronda kawasan sekitarnya saja. badan pon dah tak larat, pagi esok kami nak berangkat ke jeju island pulak.

So Mak buyong belanja gambar2 kami di sini.. Gamcheon cultural village..





Tadaaa.. tengok mood rajin update blog dah datang.. kali ni saya nak share tempat-tempat menarik yang ada di Busan Korea.. Tapi sebelum tu pastikan anda dah download laluan train di Busan. Line train di Busan hanya ada 4 line sahaja. Memang guna train ni sangat mudah dan sangat efektif di korea. Untuk ke Busan kali ni saya hanya pergi ke tempat2 yang tertentu sahaja, terutama tempat yang saya belum pergi semasa trip 2014. Kami berada di Busan untuk 2 malam saja. Lepas tu nak ke jeju island pulak.

So first day di Busan, pagi-pagi lagi kami dah keluar. Kami nak ke Jagalchi Fish Market. Kat sini banyak makanan laut seperti ikan, king crab, sotong besar2 yang anda boleh beli atau pon cuci mata saja. Mula-mula tu teringin nak makan king crab.. tapi bila tengok harga yang paling murah pon 60 000 won terus tak jadi makan.. untuk menenangkan jiwa, kami cakap lain kali lah..

Lepas berjalan-jalan ke Jagalchi Market, kami meneruskan langkah kaki yang gagah ini ke Masjid Al Fattah yang terletak di Dusil. Perjalanan menggunakan train. Konon-konon kami nak makan di Restoran Capadocia yang terletak bersebelahan masjid. Namun kami hampa, masa kami sampai tu, restoran belum buka lagi, awal benor agaknya nak makan.. hahahaha..

So kami ambik keputusan untuk menziarahi masjid al fatah, sambil2 melihat nur Islam berkembang di Busan ni.. Masjid ni kali ke 2 lah saya ziarah. Alhamdulillah penjaga masjid bagi kami rehat di sebuah bilik. Dalam bilik tu ada bilik air dan siap ada mesin basuh lagi. Nak solat pon masih awal lagi nak sampai waktu zohor.. lebih kurang 20 minit kami berada di sekitar masjid tu kami mengambil keputusan untuk balik ke guest house.. perut dah lapar minta di isi.. baby dalam perot ni asyik dok bersilat aje.. hahahaha

Ok.. dah lepas balik guesthouse dan perut sudah di isi, kami merancang nak ke Busan Seoul Tower, Kalau dari guest house ni katanya dekat sangat, so boleh jalan kaki saja.. hahaha
So kami ikutlah arah seperti yang dah kami tulis dalam iti tu.. tapi tak jumpa pulak jalan.. last2 tanya adik yg kat kedai 24 hours u.. tu pon diorang mana pandai speaking.. ngeh..ngeh..ngeh..
Akhirnya puas kami godek sana godek sini, jumpalah busan tower tu.. mak aiii nak ke sana kene daki 100 anak tangga. mampukah mak buyong 26 weeks ini lakukan????

Dengan keazaman yang tinggi, maka mak buyong melangkah naik setiap anak tangga dengan penuh semangat.. Inshaallah Allah permudahkan, bisik hati mak buyong ni.. akhirnya sampai jua ke busan tower.. Tapi kami tak naik sebab hari dah malam.. just amik gambar di sekitar busan tower tu je..
Masa nak turun tu barulah perasan rupanya nak naik ke sini ada eksklerator.. cehhh penat mak buyong mendaki tadi.. padahal kami dah lalu kawasan eksklerator tapi entah macam mana mata ini tak nampak.. so bersangka baik aje.. Allah nak bagi mak buyong banyak berjalan..

Hari dah malam masa kami turun, sejuk dan gigil.. so apalagi balik guesthouse untuk rehatkan diri meneruskan kembara esok..

Mak buyong belanja gambar kat sana eh..